Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Korban, Haji, AidilAdha :D

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum :)

Selamat Hari Raya Haji semua :) Selamat berkorban :)
Setiap kali raya, macam biasa, aku n family akan balik kampung. Lagipun dekat ja kampung aku ngn rumah kan.
And setiap kali raya jugak, tempat pertama yg mesti kami pegi ialah rumah moyang aku... Rumah Tokyang.
So kat situla tempat reunion kami semua family, adik beradik tok aku, bapak aku, sdara sepupu sepapat, yg kenai x kenai semua dok situ.
Hari raya haji semalam, rumah tokyang aku buat laksa. Sedap tp pedaih sikit.. Hee~ 
Ramai la jugak yg balik kan. Ramai la jugak yg x balik.. Haha cmna tu? Ramai yg x balik sebab depa nk reserve cuti masa kakak aku nikah and kawen nanti... 
As usual, lepas lepak ruma Tokyang, p merayau rumah org len plak. Tp semalam semua pakat balik rumah Tok terus. (belakang sikit ja dr rumah Tokyang)
Masa nk masuk rumah tok tu, Mami aku, Makteh, Maksu jalan kaki,
Aku, Kakak n Jela naik satu keta, Makjang ngn Kak Doyah satu keta,
Dedi aku nek satu moto, Pokpu nek satu moto.
Maka berkonvoi la kami masuk rumah tok.
Plg x tahan, makcik2 hat jalan kaki mengetuai rombongan kami
sempat lg jalan melenggang menonggek sana sini membuatkan rombongan kereta moto kat belakang jd jem, plus riuh bunyi hon keta, moto suruh depa jalan laju.
Tapi depa ni sikit pun x heran, siap boleh begelak ketawa, posing2 depan keta lagik.. Huu~
Okla.. Hilang idea yg belambak tadi..
Bai !

Sebenaqnya ada lagi. Tapi depa x balik.....
Teka teki :: Cuba cari aku ?? ;p

Happy Super Junior !

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. :)

Yeoseos Syupeo Junieo saeng-il-eul chughahabnida !!! XD
Saranghae Syupeo Junieo <3

  1. Apakah yg aku merapu itu ?
  2. Kenapa kaler biru ja semua ?
  3. Ada apa ni ?
Haha hangpa ada tetanya2 dak masa baca entry ni ? Ka aku ja yg mengeksitedkan diri ? Baiklah hadirin yg dihormati sekalian,,, hari ni, 6 November 2011, Super Junior sambut anniversary depa yg ke 6. So that means depa debut since 6/11/2005 sampai sekarang la kan. Soalan seterusnya, SIAPAKAH SUPER JUNIOR ?

Super Junior or SuJu or Sj ni boy band Korea yg plg ramai, 13 orang. Tapi sekarang tinggai 10 orang sebab ada yg tarik diri, ada yg nak fokus more on acting... Depa nih ada subgroup lagi, Super Junior M. So total betul2 depa ni ialah, 15 orang. Until now, depa dh debut 5 album, kalau x silap aku, first album,, 'Twins', second, 'Dont Don', third, 'Sorry Sorry', forth, 'Bonamana' and fifth, 'Mr.Simple'. And one more thing is, kaler tema Super Junior is, SAPPHIRE ! Tu sebab la kaler biru ja entry ni... And lagi satu, peminat depa dipanggil ELF (Everlasting Friends) and im the one ! Hee~ 
Aku minat gila gila gila dengan band nih.. Tu pasai la aku buat satu entry khas utk depa.. uhuk~
Even lagu yg tgh berkumandang di corong lappy hangpa ni pun, salah sorg dr SuJu member yg nyanyi. Nama dia KyuHyun.. Dia la yg aku plg suka pn :) and dia magnae antara Suju member. Magnae tu youngest ye anak2...Meh aku listkan utk hangpa membe2 depa nah.. But before tu, tayang gamba masa depa kat Putrajaya dulu.. Amek feel~



  1. Leeteuk /Teukie, ketua. Nama betoi dia Park Sung Joo. Plg tua, 29 tahun. Mebi akhir tahun ni dia masuk army.
  2. Heechul. Or Kim Heechul. Dia nih mcm pompuan sikit. Dia dh pun msuk army 2/10/2011 haritu. Sebaya ngn Teukie.
  3. Yesung / Kim Jang Woon. Main vokalis.
  4. Shindong / Shin Dong Hee. Dancer, rapper.
  5. Sungmin / Lee Sung Min. Vokalis / dancer.
  6. EunHyuk / Hyuk / Lee Hyuk Jae. Main rapper / dancer.
  7. Donghae / Lee Dong Hae. Main dancer / rapper / vokalis.
  8. Siwon / Choi Si Won. Vokalis. Sekarang ni dia tgh aktif dlm drama Poseidon as Kim Sun Woo.
  9. Ryeowook / Kim Ryeo Wook. Main vokalis.
  10. KyuHyun / Cho Kyu Hyun. Magnae SuJu.. Main vokalis n dancer...



 So to uri SUPER JUNIOR, nan neol saranghae !!!




Member SuJu tandatangan n express their excitedment during their 6th year anniversary.


SUPER JUNIOR, THE LAST MAN STANDING !

:: ALHAMDULILLAH, WE MADE IT :) ::

Assalamualaikum :)
Entry kali ni, aku nak menceritakan mengenai satu alkisah la tuan2 dan puan sekalian ye. Tapi x la kisah sangat pun. Just wanna share one of my happy moment...

Maka alkisah pun berlangsunglah,
4 Nov 2011, hari Jumaat yakni lagi dua hari nak sambut ghaya EidulAdha, maka, result exam aku untuk Sem 3 pun keluarlah ia.... Aku ngaku la yang exam kali ni sangat la main2 and aku pun sangat beserah dengan result yg aku dapat ni..

Tapi, setelah aku cek, Alhamdulillah, syukur sangat2, aku dapat dekan :) Walaupun kali ni antara nak hidup dengan mati, antara nak jatuh dengan takmau jatuh, antara apa2 la yg boleh diantarakan kan. Alhamdulillah sangat2. So, dekat sini, aku nak amek kesempatan, untuk bagi laluan kepada pesana penaja...

Saya, Nadhirah Nasrudin nak ucap terima kasih banyak2 kat kawan2 rumah yg dh byk bantu masa belajaq, byk marah kalau aku buang masa, membe2 kelas yg sama2 blajaq walaupun sama2 mngntuk kan, paling special, Mummy Daddy aku, Datuk Nasrudin n Datin Nailatul Hasni yg dok byk bg semangat kat aku.. Oklah itu sahaja pesanan penaja.. Terima kasih :)

Layan gambaq jum :)




Wednesday, October 26, 2011

Tok Min...

Assalamualaikum.
Rasanya lama sangat aku tak singgah kat blok aku yg kalau boleh besawang, penoh sawang dh dia.. Btw, blok aku pun dah berubah, special plus big thanks to Cik AinBaek yang dah modifide blok aku nih.. :)

Tapi, harini, 26/10/11, aku ada satu cerita sedih.. Hangpa rasa2 apa ?
Actually, harini, tok sedara aku, Mohd Amin *kalau x silap aku la* dah meninggal dunia. Aku panggil dia TokMin. Dia pergi pun without any sign sebab even dia ada sakit jantung, tapi dia still kuat. And you know what, muka ayah aku sangat sebijik dengan muka dia. Even depa nih cuma la pangkat bapak ngan anak sedara, tapi ramai orang kata depa ni macam anak beranak. Aku sendiri pun akan kata macam tu jugak. Kalau hangpa tengok pun akan kata macam tu. 
The story begins with, almost 2am, dia pegi hospital dengan anak dia, PakFahmi. Hospital Parit Buntar n depa ni memang dok kat PB pon. Dokter cakap TokMin ni sakit gastrik. Tu yang dia x amek kesah sangat tu.. But then, almost 5am plusplus, kami dapat berita yg dia dh x dak. 
After Suboh, semua gerak balik kampung. Nasib baik la hari dia meninggal tu, hari Deepavali. So cuti and adek beradek kami yang dok KL pun boleh turun la. And the most unforgettable moment is, kira aku n family sampai dulu sementara jenazah nak balik kampung kan, from Parit Buntar to Selama. Bila jenazah sampai ja, TokYang aku, *moyang aku* yakni mak TokMin nangis kuat sangat. That was my first time tgk TokYang nangis macam tu skali. Dia panggil ja nama anak dia. Yela, sebab  TokMin tu, her last son. Lepas TokMin meninggal, waris lelaki dah tadak la. Tinggal perempuan ja semua. Ayah aku la tolong tenangkan nenek dia. Aku plak,, I cant stand to see people cryin'. Nanti aku pun meleleh gak. So aku dok dapur ngn mak aku.
After that, baru la ramai sikit orang datang ziarah. Dalam pukul 10 pagi, jenazah dimandikan. Pukul 11 pagi, jenazah dikebumikan... 
Sungguh tak sangka kan siapa yg pergi dulu. Tua muda sakit x sakit semua akan pergi jugak kan.. Kita dah tak boleh nak lengah2 dah time tu. So, dari sekarang ni la, kita kena banyakkan amalan kita kan.. 

So, people who read this,, I hope you may give Al-Fathihah to the arwah. Al-Fathihah...

Saturday, September 10, 2011

1 Syawal 1432

Salam :)

ATTENTION EVERYBODY !
tapi,, ada ka org nak baca blok aku?? T__T
tapi, takpa,,


MAY I GET YOUR ATTENTION PLEASE !!
I HAVE SOME ANNOUNCEMENT,,


1
2
3




Hee~ tu je pun nak cakap,, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)
Walaupun dah telambat, tapi kita still dalam bulan mulia nih, so rasanya x telambat la jugak kan, walaupun semua dah stat keja, student dah sebok nak exam, *aku la tu T__T, kue raya pun dh nak habeh, duit raya pun dh msuk bank dh kan..
Oleh itu, saya, NADHIRAH BINTI NASRUDIN SEKELUARGA, nak mintak ampun maaf seandainya ada salah silap yang sengaja mahupun x sengaja.. *hik sekema.. ampun maaf dipinta ya :)

Thursday, July 21, 2011

My Dream Carsss~

Salam semua.
Harini, tika ini, aku tgh meroyan sorang2 nak keta.. Gila kan. Sungguh weh aku nak keta. Siap survey lagi jenih2 keta yg sedondon dgn aku. So today, now, meh kita besembang pasai keta idaman hokeh.
Mau tau keta apa yg aku nak ? Mari2 lihat sini ya.. Marimar marimar~


First Car
Ladies and gentleman, here, 


BMW 320i.. 
Heh~ This is my first dream car.
Cmna ? Ok ?
Mai kita bekenalan dgn dia okey.
Wheels :: 17-inch style 338 V-spoke light alloy.
For Executive Edition :: sports leather steering wheel, black high-gloss interior trim, full electric seat adjustment and doorsill trim sporting the Edition logo.
For Sport :: customised M Sport and M Aerodynamics package, which includes the M Sport suspension, 17-inch style 194M double-spoke M light alloy wheels and BMW Individual High Gloss Shadow Line window frames.
Price :: for Executive Edition, RM 241,800. for Sport, RM 253,800.

Second Car
Wait, we have some more dear guests,

Honda Accord
Asal nmpk keta ni ja mst aku tebeliak + tenganga sbb aku nk sgt keta nih.
Price :: RM 113,800.

Third Car
Ada lagi nih !

Mini-Copper Camden
yg ni aku x pasti harga berapa nah. Sori sori.
Tp yg pstinya mahai lg dr Accord..
Putih tu aku pny, cekelat tu laki aku pny.. :)

Ok setel !

Aku tau la mmg aku x kan dpt keta2 nih skrg. Even nak beli keta menan pn mintak duit kt ayah ! Tp apa salahnya kita berangan kan. Starting from berangan then maybe it can be true someday.  Kan kan kan ? So, makanya, kita kena la belajaq.. Hurm itulah sumber utamanya kalau nk keta2 hebad beginih.. Ya anak2 murid sekalian, marilah kita belajar besungguh2. 



Sunday, July 17, 2011

Mood :: SAD

Oh blog, td aku nmpk smting yg betul2 buat aku sedih.. :(
Mood asal, happy but then bila aku nmpk bnda tu, tringat bnda2 lama.
Oh blog, really wanna cry rite now...


Thursday, July 14, 2011

Home Sweet Home

Salam semua :)




Kalau hgpa smua tgk gmbaq ni pun dh taw kan yg aku akan beceritera pasai rumah. Kankan ? Bijak hgpa smua. Actually, aku x sabaq nak balik rumah. Yeay~~ Esok hari Jumaat, then lusa hari Sabtu. HeE~ Maka hari itulah aku akan balik rumah. Lama dh aku x balik Selama. Rindu gila habaq hgpa. Rindu kat mak aku, ayah aku, adek bradek aku, jiran2 aku, kawan2 aku hat kt rumah nun.Asalnya aku nak balik hari esok, Jumaat, tp pak aku lak suro aku balik hari Sabtu sebab depa ada kenduri kat Ipoh. So alang2 aku balik, baik balik hari Sabtu then p makan kenduri teghuih. Bijak kan perancangan aku ? HEH~


Ok, baiklah. Sebenaqnya itu dr segi keseronokan bila dapat cuti. Skrg nih meh kita beceritera pasai apa aku akan buat masa cuti n apakah bala yg akn aku trima slps cuti. Mari kita sama2 renungkan ya.


Masa Cuti
1) kena study FAR, AIS, MAF, LAW.
2) kena buat assignment LAW, CTU, BEL.
3) bukak internet, yg pasti bukan bkak FB or BLOG ! utk search article for BEL.
4) kena revise balik apa yg dh blaja dlm FAR sbb x faham pn slama ni.
5) kena baca MKT sebab dh 3 minggu lecturer x masuk. So byk syllabus tinggai.
6) kena search pasai masjid2 kat Mesia.
7) kena search pasai azan n muazzin.
8) pass.
9) pass.
10) pass.
aku rasa dh tadak kot.
howkeh, slps cuti.. Bala apakah ?


1) test AIS, FAR, MAF, LAW.
2) presentation LAW, CTU.
3) kena tnjuk kat madam keja BEL.
4) FAR bila2 masa ja madam blh buat km smua sakit jantung dgn buat kuiz secara mengejut.
5) MKT pn sama ja. Lecturer ni angin kuiz yg x menentu.
6) ni rilek siket kot sbb kna submit after raya.. heE~
7) ni pn sama jek..
8) bejaga jaga
9) bejaga jaga
10)bejaga jaga


An Action Speaks Louder Than Words. 
The End...

Monday, July 11, 2011

Football Match Live :)

Assalamualaikum !
Hee~ Ni post ke2 setelah sekian lama x mengepost. Ok cpt2 back to topic. Semalam, semua student Puncak Perdana + Puncak Alam dtg UiTM Shah Alam. Utk apakah ? Sbb nk p tgk football match final antara UiTM dgn Kolej Komuniti Kedah.Final Liga Sukan IPTA. Nak tau dak, gila byk ah bas yg mai amek km, sbbnya almost smua student puncak pegi, so byk la bas kn.. Haiyak~ Yg bangganya, bas2 km kne eskot ngn polis. Hik. Bangga jak bila polis block jln bg bas2 km jln. Hee bangga bangga.

Bola stat mlm, dlm pkul 9. So ptg tu ada senam robik. Best ah.. hee aku nih bab menggedik2 suka la na. Haha.. Siap nari2 lagu hindustan lg woh. Dinner km, KFC sponsoq. TQ very much KFC ! :)
So bila dh pukui 9, masuk la stadium. Stadium UITM la tpnya. First time tgk bola live habaq hgpa.. Supa jakun pun ada gak. Hik. Siap dgn beli bnda tiup2 lg (x tau nama, blh emegin dak ? haha) nk bg riuh.. Jakun kan.. Haha.
To be short, last2 bola end dgn 0-0. Buat penat + sakit tekak aku ja dok bg semangat kt depa tau dak. So penentunya, penalti la. Uitm 5, KKK Kedah 4. So hgpa tau la kan sapa menang. Gila seronok ah aku. Siap tebangkit dr tmpt duduk lg uh. ;P Hah, lagi satu, match ni live kat Astro Arena woh. haha mcm la muka aku masuk kan.

Esok pulak,seawai pukoi 5.30 pagi dh kena bangun. :( Kena p induk lg. Kali ni ada conference lak.. Malaih weh~~

Baiklah,setakat itulah saja murid2 cerita sy ya. Saja ja nk habaq kat hgpa aku p tgk bola. Kalau x suka suda, ni belok aku bkn belok hg kan.. Hee~~ Oklah, love u :)


hik! posing before bola stat 

yah.. ahlil2 puncak perdana bersama2 abg2 hero !

Friday, July 8, 2011

Hello Strangers.. Two thumbs up ! :)

Salam :)
Dah lama gila aku x post any entry kat belok aku nih.. Bz la kot.. haha.. *menipu~~ Actually sakit malas post aku datang balik. Yala, dengan dah masuk kolejnya lagi, pastu homework betimbun-timbun, assignment lagi, nak main lagi. hik~

Harini aku nak promote sikit satu cita, tajuk dia Hello Strangers :)
Syiok gila cita nih.. Meh aku cita serba sikit sinopsis nah..

Cita dia pasai 2 org Thailand, pegi Korea.
C perempuan tu pegi Korea sbb dia taksub sgt dgn drama2 Korea (same goes to me, ahak) + nak pegi undangan membe Korean dia kawen.
Then, yg lelaki tu plak, mcm tadak sbb kenapa dia p Korea, or maybe sbb dia dh jnji ngn makwe dia, sama2 nk pegi Korea tp makwe dia x pegi pun, so tegagau la dia sorg kat Korea.
Kebetulan depa bedua jumpa, so memandangkan laki ni x tau apa2 kat Korea nuh, even speaking pun x blh, so laki tu pun decide nak ikut prmpuan tu p mana2 ja.
At first prempuan tu rsa cm annoying la jugak ngn laki tu, tp disebabkan depa satu negara so dia tlg la jgk.
So, hangpa tau2 la kan apa jadi lps tu. Mst la suka menyukai wujud sesama mereka kan.. 
Maleh la nak cita pjg, sbb aku nak cita pun x reti.. hee~

Tapi aku suka sgt jalan cerita dia (skema siket ok). Mak aku mst tebatuk + gelak guling2 bila tau aku tgk crita Thailand, hahah, sebab slama ni aku asek layan Korea jah. Bukan pa, dah la buat kat Korea, then byk la jugak tunjuk tmpat2 pengambaran crita2 Korea. Lagi la menambahkan keinginan aku nak p sana.. hoho~ So aku suggestkan hangpa smua tgk la crita nih.. PLUS,,, aku rasa hero dia sgt la charming.. hahahah...

Tadaa~ Ni la Hello Stranger :) Depa x penah bgtw nama sebenaq depa, just nickname, laki tu Darng (puppy), prmpuan tu yg kasik nama tu, prempuan tu lak, May. laki tu kasik...

 Hah see see, kemaruk sungguh prempuan ni ngn Bae Yong Jun.. Pelik ja laki tu.

Tengteng~ Ni la hero movie nih.. Nama dia, Chantavit Dhanasevi.. Secara officialnya dia la pakwe Thailand aku.. haha~ P/S :: stiap negara mst ada pakwe aku oke~

Friday, June 10, 2011

Super Junior M ~Evalasting Friends~ :)


Salam :)

Hallo !!!
Just wan to share, 28 May 2011 (Sabtu) haritu aku pegi Putrajaya with Shereen and her mum. Kan ada Hari Belia.. Hari sejuta belia bla bla bla tu kan.. We went there. So many people there plus naik lenguh kaki dok bejalan. 
Actually, the only reason *main reason aku pegi sana is aku nak bedating with my super duper boys ? Tawu ??

:) That night, Super Junior M perform live ! Dah perform tu sahih la live kan. So happy that time.

Saturday, May 28, 2011

Nak honeymoon lagi...

Salam semua...
:(
Esok, dah nak balik Puncak Perdana.
Takmau balik boley :(
Nak cuti pjg2
herm, tapi kalau bagi cuti 2 tahun pun still aku ckp cuti x mencukupi jugak. 

So lepaih ni, xleh la aku nk slalu bkak fesebuk aku, belok aku nih.
Sebabnya tenet kt pnck hampess bagai !
Berukben lak,, x bayaq lagi... :P

Dah la, tadak mud suda.. heh~

Btw, cuti ni aku byk habehkan dgn kawan2 aku.
From kawan kat Selama ni sampai la kawan kat Igop.
Suka :)
Suka lagi bila aku dpt bemanja2 ngn femili aku..
I like! :)

Suda la.
Esok nk blah dh..
Bai :(

Thursday, May 26, 2011

One Day Out

Salam.
Harini aku ngn membe2 aku g tgk Nur Kasih...
hahah.
aku punyala dok kata aku anti gila ngn crita tu, last2 aku gak yg p tgk.
bkn pa, ni pun ikut suara majoriti..
kawan2 aku semua nk tgk cita tu so aku pun ikt la,
perancangan awai, aku mau tidoq smpai la crita tu habeh.. haha.
but, sudahnya aku x tidoq pun,
boley la tahan crita dia even kadang2 ada la sikit2 kemenyampahan kan..


Tapikan, ada satu setori mori pasai cita nih.. haha
aku tatau la aku ka yg sound trouble or sound tu yg trouble kan,
ada 1 scene ni, Aidil ckp :: Nur, pasai kejadian di Dubai (Dubai or Mumbai?), dokter ckp ada SHARPENER dlm badan Adam..
bengong kan ada sharpener.. kawan2 aku ckp mebi serpihan kot.. agak2 ada chemistry dak antara SHARPENER ngn SERPIHAN ??

Ok stop about Nur Kasih..
Meh kita beralih ke perihal sahabat aku plak ye :)
masa kami nak balik tu, belaku la kejadian yg plg takkan lupa sampai mati ah..
Mau tau ha ?
Mulanya saya, Ummi, Zum ngn Syu dtg Tepen naik kenderaan awam.. haha
Then, masa nak balik, kami semua sepakat sepadu suara nak naik keta Tinni yg pd masa yg sama pun p Tepen gak.
Actually mmg dh jnji pun nk p ngn depa. Cuma naik ja lain2.
Then, masa nk balik tu, sometine funny happened :)
Bole dak ampa bayangkan,
8 orang, naik keta Kembara ?
hahaha lawak siot.
Siap bukak lagi seat blakang..
Minus 2 org yg sedia maklum dok depan,
tinggai la lg 6.
Memang sotong , udang , sardin kering ah.
Aku, Syu ngn Miza jd pendatang asing sementara sebab kami dok kat bhgian bonet..
hahaaha..
Yg lagi malunya, kami smua x pk panjang, smua pakat nak behimpit masuk dlm keta depan 'audiens'. haha
Punya la pendek akai, depan2 McD Tepen Central tu la kami nk buat lawak pun.
Aku tatau la. Gelak habeh semua yg tgk kami.. hahaha
Siap ada sorg nih, tgk dengan penuh kusyuk !
Nak offer keta dia tapa gak bang oi.. haha
Malu malu malu..
 Tapi malu tu la kenangan weh.. haha.
Haih, aku rasa kan, selama aku dok besahabat ngn semua kawan2 aku nih, byk benda dah aku ngn kwn2 aku buat havoc yg akhirnya memalukan kmi gak.. haha
Seb bek la org x kenai kami..
Tapi, ni la yg nk ungkit pun masa kami dh beranak pinak nnt. :D
Hopefully, keturunan kami semua sihat la drpd gejala2 kami yg kami buat nih..

 Ni la warga pendatang asing yg macam sotong kering tu :)


Overall, tada ! Keluarga sotong kering :)



Saturday, May 21, 2011

BBQ With Them :)

 Me and Muad.. Ayam tu sure sedap sebab aku yg kipaskan.. hoho~


Ni la warga2 sahabat yg join bbq tu..


Hopefully kita dapat buat cmni lagi gang.. Sayang ah hampa.. Kawan sampai mati weh !
Lots of love from Nader ;p

Thursday, May 19, 2011

Hey U're Special :)

Aku baru jek baca satu majalah ni. And I found it so interesting. Mau tau ha ? Here we go :)


1. At least ada 5 orang dlm ini alam yg sayang and sanggup mati utk kita.
2. At least ada 15 orang dlm dunia nih yg sayang kita dlm pelbagai cara.
3. Sebab utama sorang tu tak suka kita adalah sebab dia nk jadi macam kita.
4. Kadang2, senyuman kita boleh bg kebahagiaan kat someone even orang tu
    tak suka kita.
5. Seseorang akan ada yang ingat kita setiap malam.
6. Kita sangat penting dlm hidup someone.
7. Ada orang yang takkan happy tanpa kita.
8. Kita adalah unik dan special.
9. Sapa2 yang kita tak kenal sebenanya sayang kita.

So, sapa2 yang putus cintan ka, frust menonggeng ka, renung2kanlah.. Toksah dok sedih2 na..Ingat ja 9 benda ni, sure kita happy balik. :)
  

Tuesday, May 17, 2011

Made In Korea :)

Huu, havoc ja an tajuk entry nih.. Tapi mmg benda alah ni made in KOREA pon.. Cuba teka apakah benda tu ? 
A. baju
B. kerongsang
C. CD
D. keychain




Pilih dulu mana2 hah baru leh baca seterusnya. 




Actually, Miss AinBaek dah belikan aku _______ . :) (isi tempat kosong)
Dia cakap benda tu ada juai kat Matrik dia. Tapi aku x pasti kenapa hari tu semua brand2 Korea ada juai kat matrik dia.. At first, dia kol aku tanya nak dak benda nih. Sebab dia tau aku gila sangat haih ngn KPOP. :) Tapi sayangnya aku ada kelas time tuh, so taleh la nk jawab dia. Hurm..
By the way, Ain still belikan untuk aku as a present :) Sayang dia gila2 :DD


So, sebagai pertukaran, aku pon beli la baju khas untuk Miss AinBaek. Tapi baju tu murah gila nak dibandingkan dengan benda yg dia belikan untuk aku nih.. Sorry ya Ain T__T




Baiklah, sekarang nih, aku bagitau la apa jawapan yg sebenaq benaqnya na.. Jawapannya adalah......... 


SETOKING !!!! :))
HAT POMPUAN TU AKU TAU LA GROUP MEMBE KARA, HAT LAKI TU TALEH DETECT.. 
:p

Saturday, May 7, 2011

Hari ni saya rasa ...

Hari ni saya rasa apa hah ?
hari ni saya rasa gembira + seronok 
awai pagi tadi aku p la sekolah lama aku. yakni skolah Tok Husen Selama Perak Hidup Berbakti .. hoho :) tp x la awai sangat. janji ngn Ummi nak p kui 11, tapi disebabkan hal2 yg xleh aku atasi,(alasan baek punya :)) kul 11.30 baru aku gerak.. ngn Zum.. lama gila aku x jumpa depa semua.. sebenaqnya kat skolah ada Tournament Taekwondo... so kawan2 aku yg Form6 nuh ada la bkak gerai.. manakala kami yg tetamu ni, mai la memeriahkan suasana kedai mereka.. 
Mula2 smpai ja kat sekolah, kami round2 sekolah dulu.. amek feel skolah la katakan. dh lama aku x masuk kawasan sekolah.. dekat 4 taon la jugak.. (pecaya ka x pecaya ? tipu ka x tipu ?) :P 
then, aku, Ummi, Zum n Syir pon berlalulah membuat lawatan rasmi ke setiap gerai.. sebenaqnya nak beli makanan tapi x beli pun.. Then, berenti kat gerai Tira kat hujung skali. kat situ ramai la jugak geng yg aku kenai. Topik ada, Faris ada, Najib ada.. But, dia ?? tadak.. :(   so sad...  at least once, but neva mind lah.. dia ada sebab sendiri kot kenapa tamau mai kan.. Nader dont be sad :)


lepas ja dok menyembang, tiba2 ummi bg idea dia.. dia ajak kami semua buat bbq.. lokasi :: kolam ayaq. waktu :: pagi.. hahah. nak buat malam takut.. heE~ hopefully bbq ni menjadi la.. aku punya la nk sangat jumpa semua membe2 aku kat selama ni.. depa la membe aku dari kecik smpai besaq.. senang kata, depala membe sampai mati !
mintak2 la benda ni menjadi noh... sebab kadang2 selalu x jadi :( nak sangat jumpak depa weh... *penoh harapan nih...





Friday, May 6, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY MUMMY :)

Mak !!!!!!!! Selamat Hari Mak, Mami, Ibu, Bonde !!!
semua tu panggilan khas utk ma aku sorang ja. tadak sapa buleyh dapat dari aku tau !
 *melainkan aku dah kawen esok.. hohoh~
actually, aku lupa hari ni hari ibu mami mak mama umi .. but then, nasib baik kakak ak buatkan kek utk my momma. so soorrrri mummy :(

to my only, beloved, da best mum , Datin Seri Bergaya Lenggang NAILATUL HASNI BINTI PANGLIMA OTHMAN ,,,

mami,
<3 hepi mother's day :)
<3 kadang2 dirah ni mcm slalu ja bg noda kat mak, tapi mak diam ja.. bukan 1 kepala ja mak kena handle, 6 kepala. tu belum cmpo kepala big boss yg sama2 x larat nk hndle anak2.. we love u mak !
<3 walaupun badan mak x brapa kuat sekuat km smua nih, tp mak still tunjuk yg mak tu kuat.. dirah tau kadang2 mak sakit, tp mak tamau tunjuk yg mak sakit.. we love u mak !!
<3 mak, Dirah sayang mak sangatsangatsangat !!! tadak sapa yg boleh gantikan mak dengan org lain.. and i will always protect u mom !!!!

and to my tok, AISYAH, opah, UMI KALSOM, makcik2, HAPPY MOTHER'S DAY !!!  ur da best .. we love u all ! muuuuuaaaaahhhhhh  

u are always da best mom !
I LOVE YOU :)
be my forever girlfriend

Tuesday, May 3, 2011

:: nadhirah nasrudin kini aktif ! ::

Assalamualaikum ...
yeeyyha. sekarang saya dah aktif gatai menggatai mengetuk keyboard dah .. :)
nak tau sebab apa ? nak tau ?


sebabnya.....
sebab.......
sebab.....












EXAM DAH HABIS !!!!




HAHA. tu ja pon utk post kali ini ya.. kita jumpa pada hari dan waktu yg sama ..
bababababai !


:)

Friday, April 1, 2011

:: 2 Majlis 1 Masa ::

Assalamualaikum :)
Nothing to say. just wanna share about samtin. ngeh3 :)
semalam, dekat kolej aku nih yakni kolej jasmine (ahak dah betuka nama dr kolej puncak perdana ke kolej jasmine) cam ayu jek nama kan :) *back to topic,
hah, semalam AFTAS ada buat fashion show. program ni dedicated to all acaounting student. saja nak menghepikan student akaun yg asek test ja memanjang + show some accounting's student their talent dalam bepesen.. ceceh :) AFTAS stands for Fast Track Accounting Student. kalau x silap aku la. hohoh.
pastu lak, semalam jugak TEKA ada buat macam something pasal palestin la..aku pon tatau apa nama program tu.. TEKA plak stands for Teknologi Kreatif dan Artistik.. macam2 kan :) so, aku sebagai VIP kena attend dua2 benda alah ni.. honestly dua2 program ni gempak sangat semalam even dua2 program jalan on the same time.. first aku p fashion show dulu, cantek semua yg masuk contest nih.. cun2 + hemsem2 :) x caya? tgk ni !


   cantek kan ? bukan aku la tapinya. org sebelah aku tu, Nono. 
Tema baju Nono ni corporat look.. Nono cantek :)

then habeh ja fashion show tu, aku ngn semua2 pon p la plak kat program yg TEKA buat.. ni pon bes gak. ada lakonan from TEKA part 3. yala nama pon kos lakonan sure2 la ada lakonan kan. then ada nyanyi means nasyid la kan. ada sorg budak nih, umo dia baru 10 tahun, sora dia sedap gilak. macam nak ngorat ja..seb bek dia kecik lagi woh :) nak tau apa yang sepesel pasal program ni? mestila hangpa tatau kan. heE~. yang sepeselnya,depa jemput kumpulan Raihan datang perform. meriah ah.. semalam kolej puncak perdana @ jasmine macam ada pesta + kenduri ja.. heh~ Raihan nyanyi lagu2 depa.. dulu masa kecik2 aku hafal ja semua lagu depa.. tapi bila dah besaq macam dah tatau lagu tu.. heE~ at least ak igt la jugak sikit2 :) sedap sgt suara depa, dh la sepoting abeh..

nampak dak? hee.. maafla kamera RM5K saya rosak :P

overall, program2 semalam sgt happening.. aku enjoy lah.. hopefully ada lagi event mcm ni.. heh~
okl, babai :)

Thursday, March 24, 2011

:: cuak! ::

Assalamualaikum..
harini kan, macam2 benda nak jadi kat aku.. :( cuak + sedih + takut + macam2 yang seangkatan dengannya. first,fon aku hilang kat giant :( huwaa~ Tuhan jela yang taw camna aku rasa time tu. macam hilang anak wooh walaupon aku tadak anak. pi mai pi mai aku ngan cyud dok cari fon aku. nasib baik la jmpk jgk.. kat bahagian baju..hEE~ kantoi aku beli baju kat giant tadi kan..huu. lepas2 ja jmpk fon aku tu,aku x kira org dh,aku nangeh supa org hlg anak,laki ah.. lps tu, maseh di tmpt yg sama yakni giant, masa aku nak bukak air yogurt nak minum, ........
air tu tumpah kat ats aku!!! huwaa~~~ sedih lagi.. dah la aku pakai baju yang ada gamba abang sayang aku, KyuHyun.. hEE~ memang malang la aku petang td..siyan kan kat aku...kankankan .. :( pepun, bebanyak banyak banyak trima kaseh kt abg2/pkcik2 ngn cyud yg dh tlg aku carikan fon aku tu.. heE~~
okla tu ja pon nak cita.. bababai~
muuuah :)

Sunday, March 20, 2011

:: jalanjalanjalan ::

Assalamualaikum :)
smlm ak ngn housemate pegi Sunway :) kami p sebab nak maen ice skate. aim aku, nak gelak sakan sebab nak lupakan result test aku yang terok. hahahaha
happening sangat ah semalam n harini. saya suka.


mula2 sampai Sunway, benda selalu kami buat x lain x bukan, p cari tmpat mkn. sokmo gutuh. p la mana pun. so kami decide nk mkn kat ayam penyet. :) sedap la jgk.. mmg ayam tu kena penyet ah..
then, kami p shopin mopin. barang yang aku plg nk beli, jam kaler merah. tamau kaler laen.. mazy ngn mylia kasot, a'a slua. pueh aku jln merata,x jmpk jgk jam kaler merah hat aku bekenan :( then smpai la kat 1 kedai ni,paten jam dia sebijik ngn yg aku nak. tp tadak kaler merah. mmg x bejodo la aku ngn mera. wanna c ?


saya nak kaler merah jugak :(


then,masa yg ditunggu2 pon sudah tiba.. kini tibalah saat kami semua nak p maen ais sket. tatau nk kata la masa maen ni, aku rasa aku la yg plg pro kot. org len suma men secara solo, tp aku men secara duo ngn a'a.. hahahahaha. takot gila weh! 5 minit ja aku ngn a'a lps tangan pstu x sanggop dh.. org pndang supa km ni kapel songsang ja. hahahaha. mmg sweet ah ak ngn a'a. 

sewit bukan ? muka profesional betul :)

mmg sronok ah maen ice skate nih. blh kata denga sora ak ngn a'a ja.. jln sikit jerit.. hahahahaha sumpah lawak! aku ada la sikit lg nk jtuh, tp dgn unvoluntarynya ak p angkat kaki,stabil terus.. hahahahaah propropro.. saket tekak woh maen ice skate ni.. ta caya p try :) hah lg satu kejayaan kami bedua, org len yg lg pro pon jtuh.. kami?? sikit pon x jato wooo.. ceyh blagak suda. km stable sbb pegang dinding.. hahahahahaahahahah. cyud lencun sbb byk jato.. haha lawaklawak.. mmg nk kelua la anak tekak aku sbb dok gelak + jerit.. kaki sikit pon x sakit.. mazy melecet siyap.. skali lagi aku ngn a'a gak yg steady..hohoh. da la, aku x larat gelak dah.. taip sikit nak gelak sbb pk apa la aku dh buat semalam. seb bek la org x knai aku.. kalau rakam aksi ak mmg blh menang funniest video ah.. a'a lagi lawak, dia ckp kalau dia jato, dia x reti bangun dah. dia akan ngesot smpai kelua.. haha lagi malu! seb bek la x jatoh no.... kui 8mlm baru km brenti maen. yg psti aku ngn a'a la klua dulu. serik weh! :) 

then,kami p mkn kt pizza n terus pulang.. dekat pukoi 10lbh jgk la smpai pkns.. tu pun bas nk masok puncak perdana dh tadak. so mazy pon kol la kakak dy mntak tlg amek.. tp kami x tido puncak. heE~ km smua tido uma kakak mazt.. byk2 trima kaseh la kat kakak mazy ngn membe2 dia.. kalo dak merempat la km smlm.. 

pagi2 tadi km pon siap la nk balik pncak. masa dok tunggu bas nuh,aku jmpk susu ngn wani. depa pon nk balik pncak lepaih p tgk super junior. sedeh ja aku x dpt p.. susu ngn wani dok tepekik telolong kat stadium nuh, aku lak tepekik pekik kt ice skate..haha.. x saba nk p tgk gmba abg Kyuhyun aku..hEE~ thanks to wani ngn susu sbb tlg belikan aku baju suju. thn dpn aku nk p SJ SHOW 4. walau apa pon belaku. heE~


tada!!!! hee~ 

hah buat reminder siyap !


muka letih~

okla lapaq suda.. tangan dok ketaq nih sbb x mkn apa2 lg nih.. harini kami semua sep duet sbb byk dh kluaq duet smlm..hohohohho
bababai :*
salam~



:: Mary punya bestday :) ::



cik nader ngn cik a'a badox dok posing2 :)
cik maziah tgh dok pehati bas :)
cik mylia tukang tangkap gamba :)


8 slice kek :)
sebab takot muak beli gedabak kek nuh ..
idea a'a badox :)

HAPPY BIRTHDAY MARY !!!


Saturday, March 12, 2011

:: Happy Birthday Dear :) ::

Assalamualaikum :)
 selamat hari jadi semua !! hEE~ bak kata cekgu aku masa form 3 dulu nuh , tiap2 hari hari jadi kita . so , mulakan hari anda dengan wish birthday kat kawan ukE~ :)
todey , saya nak becerita tentang hari jadi saya yang dah pon belalu nun . tiba2 aku nak teringat pasai besday aku masa aku form 5 . time tu aku kat asrama kat IGOP nun , mula2 kononnya cik titi sahabat sekelas n sedorm aku ni nak mengadu la konon kan pasai kisah sedeh dia .. so aku pon dengan sepenoh jiwa dan raga seiklas haty la nak dengaq kan . okla . dia ajak aku p lepak kat tempat yang kami slalu lepak kalo kt asrama .. x laen x bukan kat tmpat mesin basoh .. dengan x menyempat aku nak pakai kasot , terus dia tarik aku . :) then utk 3 minit yg petama tu , dia blakon bagai r . siyap buat muka nak nangeh dah . jahat dikau ti ! pastu dengan x semena mena ada ayaq tumpah atas aku . rupanya tu suma keja dormmate aku . epi , eno , ecah , kam , zahid , pp , shira , zoro .. SAYANG DEPA WEH !! lepaih ayaq depa balun bedak lak . memang dah macam zombi ah malam tu .. BUT I REALLY MISS THOSE TIME ! hahaha tiba2 malam ni suasana betukaq jadi suasana balada :) memang x tidoq la kami semua malam tu .. ada lagi , depa baling ayaq kot atas lak .. kuyop + sejuk + teketaq aku malam tu ! then , kami pon mandi la sedorm . ahak~ mesti agpa suma ta pena buat kan ??? heE~ 
actually , setori ni tiba2 telintas kat kepala aku . so aku pon mengetaip la dengan riangnya :)
so , sekarang umo ak dah pon 19 taon :) maken meningkat dah no . tapi badan dok KENIT gu ni gak . kenit , nickname aku kat dorm :)




hah !! on my 19th birthday ! da present :)


ehee~ kasot tu , mak aku beli :) kotak brooch ngn beg jalo2 tu , ainbaek bagi :)
keychain bear tu , maziah bagi :) beg oren tu , a'a bagi :)
SUKA SEMUA :)

HEe~ i like this ! actually cekelat ni kawan adek aku bagi . zaty nama dia . buat sendiri uke.
makasi zaty .. sayangg zaty :) tapi sayang , hadiah tu aku dapat hari ni , tapi aku x balik rumah :( so hadiah ni tunggu kena makan ngn adek beradek ak jek :(

n ada lagi hadiah yang aku x sempat tangkap .
selendang , special from cyud .. cantek :)
cekelat vorchee *x reti eja :) from fazana :)

yang paling aku teharu , ayah mak aku kol malam tu just to wish my birthday :) 
DIRAH SAYANG MAK AYAH :)

okla , mata minta ditutup :) very sleeping todey
good night dears :)
mmmmmmuuuuaahh :*

Saturday, March 5, 2011

:: Misi pembasmian kuman ::

Assalamualaikum semua ! :) heE~
todey is saturday .. nothing fun happened todey . housemate aku pon ada 4 kerat je sekarang ni .. 4 kerat tu temasok aku la tu .. ngeih3~ lagi 4 kerat pulang ! haisy rindu rumah la .. tapi InsyaAllah kalau tadak papa next week , aku pon bakal pulang ke Selama , Peyrock ! yeyyeah!!! memandangkan tadak sapa kat rumah ni , so aku mary pon mula la dibelenggu perasaan bosan + boring yang melampau ... tapi memang bosan pon . kalo tak mary ajak aku pegi mandi sungai kat Bukit ............... AHHA AKU TAK ENGAT NAMA TEMPAT TU !! hee~
so , pada hari yang penoh dengan kebosanan ni , aku pon amek keputusan untok buat misi pembasmian kuman . so , pada awal2 pagi tadi lps je bgun tido, (actually dah nk dekat tengah hari la :)) , aku pon bawak kluar semua barang yang ada kat ats lntai bilik aku ni , n aku sapu lantai . PERGH ! rambut segumpal aku dapat weh ! leh buat rmbut plsu dah :) then , aku pon dengan rela hatinya , mop la lantai yang aku rasa x penah kena mop nih .. then , ching !!! rasa bahagia jek bila lantai besinar2 sampai leh wat cermin ah. hee~ hiperbola :)
tak caya ?!?!

see c see !! nur pon terpancar dengan megahnya :)

lepas tu , setel mop lantai , giliran katil aku lak. arini aku tuka cadar ! yeay ! hahah macam x pena tuka je kan.. nak tgk cada aku x? mesti kena tgk!

TADA !!! minggu ni tema cada aku numbo2.. kenapa numbo ?? sebab suka hati saya la ! :)

lepas katil , apa ya tuan2 dan puan2 ??? ya semestinya loker aku yang mesti selalu kena kemas.. kalo dak, mak mentua tak suka. heE~~ :D tapi walaupon dah kemas, aku still x suka cara pengkemasan aku.. hahahaha.. tatau la kenapa. kalo kakak aku tgk dia still kata besepah lagi.. tapi bagi aku, dah kira superb ah ni... 

apa pandangan mak2 mentua di luar sana?? tetarek??

next, tibalah saat yang ditunggu2 .. setelah semua kuman dalam bilik berjaya dihapuskan, so pakaian2 yang terlekat dgn kuman pon mestila kena dinyahtoksikkan.. 

tengok, sampai 2 bakul baju2 aku.. heE~ actually ni seminggu pny stok. :) ditambah lagi dengan cada, simut busuk aku, n  Mr. Blanket BearBeet aku lagi.. actual time, 50 minutes! size plak XL.. ahha macam x biasa jek :)

dengan ini, matila kuman2 yang dok jadi penginap tak rasmi kat bilik + baju + cada + simut aku. :) mission succeeded !! tahniah to Nadhirah Nasrudin Comel !! (sori la comel tu wajib letak, ngeih3~ :P)  so, my last job for todey is,,
blogging !! 

TADDA !!! gamba ni masa sejam yg lalu :)

okla, tu je pon yg aku nak bebel kat sini... homework still x buat lagi. test plak betimbun2 next week.. pray for me ya guys !!! hoping to become the next Donald Trump.. hEE~~~ :)

babai semua :*
Assalamualaikum :)