Friday, January 25, 2013

I want to make an entry bout Opah but I do not any courage. Opah, Dirah sayang Pah. Seminggu arwah pergi. 18 Januari 2013. Al-Fatihah.

Thursday, August 30, 2012

Hari Ini Hari Raya :D

Assalamualaikum :)

Hikhik. Dah besawang dah belok aku nih tanpa jagaan yg rapi oleh tuannya. keke. Almost a year tak update papa pon kat belok 'terindah' ni. Tiba2 harini ada keinginan lak nak update. hihi.. OK stop here!
Aku rasa tak telambat kot kan kalau aku nak wish, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MULIA dekat semua dengan harapan, semoga raya ni bagi beribu malah bejuta kegembiraan kepada kita semua. *eceh macam ikelan ucapan PM ;p
Nothing much to say, sebab tgh dok malu2 kucen lagi nak tulih. keke.. Saja ja maleh nak tulih sebab nak ajak tgk gambaq.. haha.. oleh itu, marilah kita sama2 ..........

ni adalah antara kejadian sebelum raya yakni 29 Ramadan. Lepaih subuh ja semua pakat kelik kapung maka acara bakaq lemang beramai ramai, panjat pokok kelapa secara berseorangan pun bermula. Setelah itu, semua lompat kat sungai belakang rumah tok. hehe heaven bebeh :)


1 Syawal :) ya ni la antara gambaq2 aku bersama family terchenta ye tuan2 dan puan2 :D tema raya adalah Peach atas arahan dan perintah mem besaq, Datin Nailatul Hasni. Ada dua benda sedih, raya ni adalah raya pertama kakak tak beraya sekali dgn kami and raya pertama jugak without che (atok) yang meninggal bulan 3 haritu :( Dah jgn sedih! Apa2 pon raya kami meriah u ollss. Anda bagaimana? eceh~

ni plak gambaq versi dengan sepupu sepapat rapat2. haha. sanggup meredah titi gantung, rembat seliper sapa2, tinggaikan soto yg enak kat rumah tok, tak layan tetamu yg mai dan terus photoshoot. cewah. 

pre-wedding photos. yg atas tu namanya gamba Ombak Rindu. yg bawah lak namanya Ombak Terombak. haha. special thanks to Haikal yg sanggop jadi hero utk 2 heroin Malaya :)


ni kat rumah opah lak. ready for photoshoot. again.. agaga.. yela nama pon raya kan. sapa tak tangkap gamba itu adalah tak normal.. haha.. big thank to paksu yg tetonggek tonggek cari angle. :D

next, celebrate the raya with friendsssss.. gambaq ats tu membah2 kat sekolah rendah, dah lama tak jumpak weh kecuali hat baju pink tu. yg tu setiap saat jumpak.. haha
yg bawah pulak, ladies raya day! hehe.. ni la antara beautiful ladies dikeliling sayya.. eheh~ 
i love u bebeh <3 auwww~~

last but not least, dengan cekak pinggangnya, saya Nadhirah binti Nasrudin ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada family, guru, kawan2, dan sapa yg terbaca entry ni. *macam femes.. agagaga...
lastly, have a nice day and having fun :D


Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Korban, Haji, AidilAdha :D

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum :)

Selamat Hari Raya Haji semua :) Selamat berkorban :)
Setiap kali raya, macam biasa, aku n family akan balik kampung. Lagipun dekat ja kampung aku ngn rumah kan.
And setiap kali raya jugak, tempat pertama yg mesti kami pegi ialah rumah moyang aku... Rumah Tokyang.
So kat situla tempat reunion kami semua family, adik beradik tok aku, bapak aku, sdara sepupu sepapat, yg kenai x kenai semua dok situ.
Hari raya haji semalam, rumah tokyang aku buat laksa. Sedap tp pedaih sikit.. Hee~ 
Ramai la jugak yg balik kan. Ramai la jugak yg x balik.. Haha cmna tu? Ramai yg x balik sebab depa nk reserve cuti masa kakak aku nikah and kawen nanti... 
As usual, lepas lepak ruma Tokyang, p merayau rumah org len plak. Tp semalam semua pakat balik rumah Tok terus. (belakang sikit ja dr rumah Tokyang)
Masa nk masuk rumah tok tu, Mami aku, Makteh, Maksu jalan kaki,
Aku, Kakak n Jela naik satu keta, Makjang ngn Kak Doyah satu keta,
Dedi aku nek satu moto, Pokpu nek satu moto.
Maka berkonvoi la kami masuk rumah tok.
Plg x tahan, makcik2 hat jalan kaki mengetuai rombongan kami
sempat lg jalan melenggang menonggek sana sini membuatkan rombongan kereta moto kat belakang jd jem, plus riuh bunyi hon keta, moto suruh depa jalan laju.
Tapi depa ni sikit pun x heran, siap boleh begelak ketawa, posing2 depan keta lagik.. Huu~
Okla.. Hilang idea yg belambak tadi..
Bai !

Sebenaqnya ada lagi. Tapi depa x balik.....
Teka teki :: Cuba cari aku ?? ;p

Happy Super Junior !

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. :)

Yeoseos Syupeo Junieo saeng-il-eul chughahabnida !!! XD
Saranghae Syupeo Junieo <3

  1. Apakah yg aku merapu itu ?
  2. Kenapa kaler biru ja semua ?
  3. Ada apa ni ?
Haha hangpa ada tetanya2 dak masa baca entry ni ? Ka aku ja yg mengeksitedkan diri ? Baiklah hadirin yg dihormati sekalian,,, hari ni, 6 November 2011, Super Junior sambut anniversary depa yg ke 6. So that means depa debut since 6/11/2005 sampai sekarang la kan. Soalan seterusnya, SIAPAKAH SUPER JUNIOR ?

Super Junior or SuJu or Sj ni boy band Korea yg plg ramai, 13 orang. Tapi sekarang tinggai 10 orang sebab ada yg tarik diri, ada yg nak fokus more on acting... Depa nih ada subgroup lagi, Super Junior M. So total betul2 depa ni ialah, 15 orang. Until now, depa dh debut 5 album, kalau x silap aku, first album,, 'Twins', second, 'Dont Don', third, 'Sorry Sorry', forth, 'Bonamana' and fifth, 'Mr.Simple'. And one more thing is, kaler tema Super Junior is, SAPPHIRE ! Tu sebab la kaler biru ja entry ni... And lagi satu, peminat depa dipanggil ELF (Everlasting Friends) and im the one ! Hee~ 
Aku minat gila gila gila dengan band nih.. Tu pasai la aku buat satu entry khas utk depa.. uhuk~
Even lagu yg tgh berkumandang di corong lappy hangpa ni pun, salah sorg dr SuJu member yg nyanyi. Nama dia KyuHyun.. Dia la yg aku plg suka pn :) and dia magnae antara Suju member. Magnae tu youngest ye anak2...Meh aku listkan utk hangpa membe2 depa nah.. But before tu, tayang gamba masa depa kat Putrajaya dulu.. Amek feel~



  1. Leeteuk /Teukie, ketua. Nama betoi dia Park Sung Joo. Plg tua, 29 tahun. Mebi akhir tahun ni dia masuk army.
  2. Heechul. Or Kim Heechul. Dia nih mcm pompuan sikit. Dia dh pun msuk army 2/10/2011 haritu. Sebaya ngn Teukie.
  3. Yesung / Kim Jang Woon. Main vokalis.
  4. Shindong / Shin Dong Hee. Dancer, rapper.
  5. Sungmin / Lee Sung Min. Vokalis / dancer.
  6. EunHyuk / Hyuk / Lee Hyuk Jae. Main rapper / dancer.
  7. Donghae / Lee Dong Hae. Main dancer / rapper / vokalis.
  8. Siwon / Choi Si Won. Vokalis. Sekarang ni dia tgh aktif dlm drama Poseidon as Kim Sun Woo.
  9. Ryeowook / Kim Ryeo Wook. Main vokalis.
  10. KyuHyun / Cho Kyu Hyun. Magnae SuJu.. Main vokalis n dancer...



 So to uri SUPER JUNIOR, nan neol saranghae !!!




Member SuJu tandatangan n express their excitedment during their 6th year anniversary.


SUPER JUNIOR, THE LAST MAN STANDING !

:: ALHAMDULILLAH, WE MADE IT :) ::

Assalamualaikum :)
Entry kali ni, aku nak menceritakan mengenai satu alkisah la tuan2 dan puan sekalian ye. Tapi x la kisah sangat pun. Just wanna share one of my happy moment...

Maka alkisah pun berlangsunglah,
4 Nov 2011, hari Jumaat yakni lagi dua hari nak sambut ghaya EidulAdha, maka, result exam aku untuk Sem 3 pun keluarlah ia.... Aku ngaku la yang exam kali ni sangat la main2 and aku pun sangat beserah dengan result yg aku dapat ni..

Tapi, setelah aku cek, Alhamdulillah, syukur sangat2, aku dapat dekan :) Walaupun kali ni antara nak hidup dengan mati, antara nak jatuh dengan takmau jatuh, antara apa2 la yg boleh diantarakan kan. Alhamdulillah sangat2. So, dekat sini, aku nak amek kesempatan, untuk bagi laluan kepada pesana penaja...

Saya, Nadhirah Nasrudin nak ucap terima kasih banyak2 kat kawan2 rumah yg dh byk bantu masa belajaq, byk marah kalau aku buang masa, membe2 kelas yg sama2 blajaq walaupun sama2 mngntuk kan, paling special, Mummy Daddy aku, Datuk Nasrudin n Datin Nailatul Hasni yg dok byk bg semangat kat aku.. Oklah itu sahaja pesanan penaja.. Terima kasih :)

Layan gambaq jum :)




Wednesday, October 26, 2011

Tok Min...

Assalamualaikum.
Rasanya lama sangat aku tak singgah kat blok aku yg kalau boleh besawang, penoh sawang dh dia.. Btw, blok aku pun dah berubah, special plus big thanks to Cik AinBaek yang dah modifide blok aku nih.. :)

Tapi, harini, 26/10/11, aku ada satu cerita sedih.. Hangpa rasa2 apa ?
Actually, harini, tok sedara aku, Mohd Amin *kalau x silap aku la* dah meninggal dunia. Aku panggil dia TokMin. Dia pergi pun without any sign sebab even dia ada sakit jantung, tapi dia still kuat. And you know what, muka ayah aku sangat sebijik dengan muka dia. Even depa nih cuma la pangkat bapak ngan anak sedara, tapi ramai orang kata depa ni macam anak beranak. Aku sendiri pun akan kata macam tu jugak. Kalau hangpa tengok pun akan kata macam tu. 
The story begins with, almost 2am, dia pegi hospital dengan anak dia, PakFahmi. Hospital Parit Buntar n depa ni memang dok kat PB pon. Dokter cakap TokMin ni sakit gastrik. Tu yang dia x amek kesah sangat tu.. But then, almost 5am plusplus, kami dapat berita yg dia dh x dak. 
After Suboh, semua gerak balik kampung. Nasib baik la hari dia meninggal tu, hari Deepavali. So cuti and adek beradek kami yang dok KL pun boleh turun la. And the most unforgettable moment is, kira aku n family sampai dulu sementara jenazah nak balik kampung kan, from Parit Buntar to Selama. Bila jenazah sampai ja, TokYang aku, *moyang aku* yakni mak TokMin nangis kuat sangat. That was my first time tgk TokYang nangis macam tu skali. Dia panggil ja nama anak dia. Yela, sebab  TokMin tu, her last son. Lepas TokMin meninggal, waris lelaki dah tadak la. Tinggal perempuan ja semua. Ayah aku la tolong tenangkan nenek dia. Aku plak,, I cant stand to see people cryin'. Nanti aku pun meleleh gak. So aku dok dapur ngn mak aku.
After that, baru la ramai sikit orang datang ziarah. Dalam pukul 10 pagi, jenazah dimandikan. Pukul 11 pagi, jenazah dikebumikan... 
Sungguh tak sangka kan siapa yg pergi dulu. Tua muda sakit x sakit semua akan pergi jugak kan.. Kita dah tak boleh nak lengah2 dah time tu. So, dari sekarang ni la, kita kena banyakkan amalan kita kan.. 

So, people who read this,, I hope you may give Al-Fathihah to the arwah. Al-Fathihah...

Saturday, September 10, 2011

1 Syawal 1432

Salam :)

ATTENTION EVERYBODY !
tapi,, ada ka org nak baca blok aku?? T__T
tapi, takpa,,


MAY I GET YOUR ATTENTION PLEASE !!
I HAVE SOME ANNOUNCEMENT,,


1
2
3




Hee~ tu je pun nak cakap,, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)
Walaupun dah telambat, tapi kita still dalam bulan mulia nih, so rasanya x telambat la jugak kan, walaupun semua dah stat keja, student dah sebok nak exam, *aku la tu T__T, kue raya pun dh nak habeh, duit raya pun dh msuk bank dh kan..
Oleh itu, saya, NADHIRAH BINTI NASRUDIN SEKELUARGA, nak mintak ampun maaf seandainya ada salah silap yang sengaja mahupun x sengaja.. *hik sekema.. ampun maaf dipinta ya :)